Standard Chartered Bank dan Coutts & Co Ltd serta cawangan mereka di republik itu didenda S$5.2 juta dan S$2.4.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura (MAS) mengumumkan Standard
Chartered Bank dan Coutts & Co Ltd serta cawangan mereka di republik
itu didenda S$5.2 juta dan S$2.4 kerana melanggar peraturan anti
pengubahan wang haram (AML).
Pencabulan itu berlaku dalam konteks dana berkaitan 1MDB disalurkan
melalui bank-bank ini, kata MAS dalam satu kenyataan hari ini.
Kedua-dua cawangan Singapura bank itu, Cawangan Singapura (SCB) dan
Cawangan Singapura (Coutts), juga dinamakan dalam kejadian berkenaan.

Coutts didenda sebahagiannya kerana kekurangan langkah-langkah usaha
yang sewajar bagi orang yang terdedah politik (PEP), dedah MAS.
MAS juga mencadangkan supaya Tim Leissner, bekas pengarah dan wakil
Goldman Sachs (Singapore) Pte (GS S'pore) dilarang daripada mengambil
bahagian dalam pengurusan pasaran modal di republik itu selama 10 tahun.
MAS mendakwa Leissner membuat kenyataan palsu mengenai jutawan
kelahiran Pulau Pinang Jho Low bagi pihak Goldman Sachs (Asia) LLC,
tanpa pengetahuan atau persetujuannya.
"Leissner bertanggungjawab sepenuhnya menguruskan hubungan dengan
1MDB apabila Goldman Sachs diminta oleh 1MDB untuk mengatur tiga
terbitan bon daripada 2012 hingga 2013," kata MAS.