KUALA
 LUMPUR - Berikut ialah inti pati Bajet 2014 bertema 'Memperteguh 
Ketahanan Ekonomi, Memperkasa Transformasi dan Melaksana Janji' yang 
dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen
 hari ini.
* Ekonomi domestik diunjur berkembang lebih kukuh antara  5 peratus dan 5.5 peratus.
* Kadar pengangguran dianggarkan pada 3.1 peratus manakala kadar inflasi kekal rendah antara  2 peratus dan  3 peratus.
*
 Eksport barangan diunjur berkembang 2.5 peratus berdasarkan permintaan 
luar yang semakin meningkat manakala bagi bekalan, sektor permintaan 
dijangka berkembang  9.6 peratus.
*
 Pendapatan per kapita pada 2014 dijangka mencecah RM34,126 berbanding 
RM24,879 pada 2009, peningkatan 37 peratus dalam tempoh enam tahun.
*  Tidak mustahil Malaysia akan merealisasikan status negara maju lebih awal daripada 2020.
* Bajet 2014 akan memperuntukkan sejumlah RM264.2 bilion bagi melaksanakan program dan projek
*
 Daripada jumlah ini, RM217.7 bilion diperuntukkan untuk Peruntukan 
Operasi manakala RM46.5 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
* Pada 2014, kutipan perolehan Kerajaan Persekutuan dianggarkan RM224.1 bilion, peningkatan sebanyak RM4 bilion berbanding 2013.
*
 Defisit fiskal Kerajaan Persekutuan akan susut seterusnya daripada 4 
peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2013 kepada 3.5 peratus 
pada 2014.
*
 Pelaburan swasta dijangkakan meningkat kepada RM189 bilion atau 17.9 
peratus kepada KDNK, terutama dalam industri minyak dan gas, industri 
tekstil, peralatan pangangkutan dan pembangunan hartanah.
* Pelaburan awam dianggar mencecah RM106 bilion.
* Projek-projek yang akan dilaksanakan termasuk Lebuh Raya Pantai Barat dari Banting ke Taiping sepanjang 316-kilometer.
* Projek pembinaan landasan kereta api berkembar dari Ipoh ke Padang Besar, Gemas ke Johor Bahru.
*
 Projek-projek yang dilaksanakan oleh Petronas termasuk Projek Ammonia 
Urea Sabah di Sipitang; projek pembangunan bersepadu pengeluaran gas dan
 minyak di Kebabangan; projek loji regasifikasi di Lahad Datu; dan 
RAPID, Pengerang.
* Kerajaan akan memperuntukkan RM1.6 bilion bagi pembangunan di lima wilayah koridor ekonomi.
*
 Projek Agropolitan dan industri berasaskan kelapa sawit akan 
dilaksanakan di Koridor Pembangunan Sabah, Taman Perindustrian Samalaju 
dan hab Halal di Koridor Wilayah Sarawak.
* Pelan Induk Sektor Perkhidmatan akan dilancarkan tahun depan.
* Pelan Induk Sektor Logistik dan Dasar Penerbangan Nasional akan digubalkan.
* Memperuntukkan pinjaman mudah RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Maritim menerusi Bank Pembangunan Malaysia.
*
 Menggantikan sistem pengurusan trafik udara sedia ada di Subang,  pusat
 pengurusan trafik udara baharu dengan kos RM700 juta akan dibina di 
KLIA.
* Menaik taraf lapangan terbang di Kota Kinabalu, Sandakan, Miri, Sibu dan Mukah dengan peruntukan RM312 juta.
* Terminal penumpang di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi dan Lapangan Terbang Kuantan akan dinaik taraf.
* Melaksanakan fasa kedua projek HSBB dengan kerjasama sektor swasta melibatkan pelaburan RM1.8 bilion.
* Kelajuan Internet akan dinaikkan kepada 10 Mbps.
*
 Meningkatkan liputan Internet di kawasan luar bandar, 1,000 menara 
pemancar telekomunikasi akan dibina dalam tempoh 3 tahun dengan 
pelaburan RM1.5 bilion.
*
 Bagi meningkatkan akses Internet di Sabah dan Sarawak, kabel dasar laut
 akan dipasang dalam tempoh tiga tahun, melibatkan kos RM850 juta.
*
 Bank Negara Malaysia akan mengetuai usaha merangka Akta Penyelesaian 
bagi melindungi hak penguat kuasa 'close-out netting' menerusi kontrak 
kewangan.
* Memperkenalkan Indeks Alam Sekitar, Indeks Sosial dan Tadbir Urus (ESG).
* Suruhanjaya Sekuriti akan memperkenalkan Rangka Kerja Tanggungjawab Sosial Instrumen Sukuk.
* Mewujudkan Dana SRI yang dilabur dalam syarikat senaraian.
*
 Valuecap akan memperuntukkan RM1 bilion untuk melabur dalam syarikat 
yang menunjukkan prestasi tinggi dalam indeks Alam Sekitar, Sosial dan 
Tadbir Urus.  
* Pejabat Pembangunan Usahawan Nasional akan ditubuhkan untuk merancang serta menyelaras semua aktiviti berkaitan keusahawanan.
* Menyediakan peruntukan RM50 juta kepada Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC).
* Usahawan 1Malaysia (1MeT) yang komited akan diberi bimbingan lanjut di MaGIC.
* Kerajaan menyasar 5,000 usahawan muda di latih setiap tahun. 
* Malaysia akan menjadi tuan rumah Sidang Kemuncak Perniagaan Sosial Global Ke-5 dari 7-9 November, 2013.
*
 Bagi mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah, kerajaan 
akan memperuntukkan RM50 juta di bawah Tabung Usahawan Siswazah yang 
akan diuruskan oleh SME Bank.
* Dana itu akan menyediakan pinjaman mudah sehingga RM500,000 pada kadar faedah empat peratus.
* Peruntukan RM120 juta bagi pakej bersepadu untuk meningkatkan inovasi dan produktiviti PKS.
* Melanjutkan beberapa insentif di bawah program Green Lane Policy sehingga 31 Disember, 2017.
*
 Perbezaan gaji minimum yang ditanggung oleh majikan bagi tempoh 1 Jan, 
2014 hingga 31 Disember, 2014, akan diberikan potongan cukai tambahan.  
* Mewujudkan Skim Usahawan Pasar Malam dengan peruntukan sebanyak RM100 juta di bawah Bank Simpanan Nasional.
*
 Kementerian Kesihatan, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan 
Industri, dan Kementerian Kewangan akan menjalani proses penilaian 
prestasi berdasarkan Outcome-Based Budgeting (OBB).
* Membuat pengauditan ke atas projek bernilai melebihi RM100 juta.
* Potongan Cukai Bulanan sebagai Cukai Muktamad, akan berkuat kuasa mulai tahun taksiran 2014.
*
 Mewujudkan Unit Penyelarasan Pelaksanaan, JPM akan menerajui inisiatif 
ini untuk mengelakkan pertindihan dan keciciran dalam pemberian bantuan 
kepada golongan sasar.  
*
 Cukai jualan dan perkhidmatan akan dimansuhkan dan digantikan dengan 
dengan satu cukai sahaja yang dikenali sebagai Cukai Barang dan 
Perkhidmatan (GST).
* Kadar GST ditetapkan pada 6 peratus dan akan berkuat kuasa mulai 1 April, 2015.
* GST tidak akan dikenakan bagi bagi bekalan air paip dan 200 unit pertama elektrik sebulan bagi pengguna domestik.
*
 Perkhidmatan pengangkutan seperti bas, kereta api, LRT, teksi, feri, 
bot, tol lebuh raya serta perkhidmatan pendidikan dan kesihatan 
dikecualikan daripada GST. --SH 
RM0. 25/10: Susbidi gula sebanyak 34 sen dimansuhkan berkuat kuasa esok (26 Oktober) - PM Najib--Bernama
Gula naik esok!!!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan