Adalah 
disyorkan supaya anak kesayangan Si Ketua Penipu yang bernama Si Nurul 
Izzah tu mengadakan sesi berdebat dengan Ahli Parlimen Temerloh pasal 
isu COMANGO ni.
Bukan apa. 
Kalau orang lain cakap nanti, dia akan kata itu semua Retorik dan 
sengaja nak memutarbelitkan isu. Jadi, ada baiknya dia berdebat sesama 
sendiri.
Yang satu 
nak menghalalkan cara untuk mendapat sokongan sampai tahap sanggup 
menjual kesucian Islam secara terang - terangan. Yang satu pulak dok 
Pakat Angguk Saja.
Ini kita 
baru dengar dari mulut Si Ahli Parlimen Temerloh tu. Belum lagi kita 
dengar dari golongan - golongan Liberalis yang ada dalam PAS. Apa pulak 
kata mereka?
Adakah mereka akan turut membantah desakan yang dibuat oleh COMANGO kepada PBB atau menyokong tuntutan tersebut secara terbuka?
Bab yang ada
 kaitan dengan agama ni memang satu isu yang sering bercanggah dalam PAS
 sendiri. Sama macam isu penggunaan kalimah Allah. Pun sesama diorang 
bercanggah pendapat. Jangan sampai Ahli Parlimen Temerloh ni menyalak 
sorang - sorang sudah la!!!
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Gabungan NGO Hak Asasi Manusia (Comango) yang menuntut perkara-perkara yang mencabar kedudukan Islam di negara ini ketika proses Semakan Berkala Sejagat (UPR) di Geneva, Switzerland hari ini, digugurkan.Ini berikutan tuntutan Comango yang menuntut Malaysia menandatangani Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) yang menyentuh mengenai kebebasan beragama dan kelonggaran seseorang untuk menukar sekaligus mencabar undang-undang Syariah negara.Malaysia juga digesa mengiktiraf hak-hak orientasi seksual dan identiti jantina (SOGI) bagi golongan lesbian, gay, biseksual, dan transeksual (LGBT) termasuk memberi kebenaran untuk mengiktiraf perkahwinan sejenis.Comango mempertikaikan peruntukan yang terdapat dalam Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah dan menggesa untuk menggugurkan atau meminda peruntukan mengenai polisi moral yang didakwa menggugat hak privasi seseorang.Selain itu, Comango turut mempertikaikan beberapa keputusan mahkamah Syariah terutamanya mengenai isu kalimah Allah, pengharaman ajaran syiah dan hak seorang Muslim untuk menukar agama anak bawah umur kepada Islam.Mengulas mengenainya, Ahli Parlimen PAS-Temerloh, Nasruddin Hassan menegaskan keputusan yang eksklusif melibatkan umat Islam ini seharusnya dihormati Comango dan tidak dijadikan isu yang spekulatif dan berniat jahat.“Kami turut mendesak agar campurtangan atau tekanan luar terhadap keputusan yang telah diambil melibatkan Islam tidak wajar dilobi ke peringkat antarabangsa memandangkan is harus ditangani secara ilmiah di negara ini disamping mewujudkan perundingan bersama di setiap peringkat,” kata kenyataan berkenaan.
Heh! Ini la 
bahananya kalau suka sangat bermain dengan kata - kata sampai apa yang 
dia ucapkan pun orang dah tak berapa nak percaya.
Semua 
kenyataan yang dibuat hanya dipandang skeptikal dan dilihat sinis oleh 
sesetengah pihak. Sehingga tahap orang pertikaikan pulak keikhlasan dia.
Jika 
tengahari tadi SH siarkan satu artikel berkaitan dengan kenyataan Si 
Ahli Parlimen Temerloh ni yang menolak tuntutan COMANGO. (Klik Sini)
Jelas, 
kenyataan dia tu memang ada asas dan dilihat bertentangan dengan 
kenyataan yang dibuat oleh Si Nurul Izzah sebelum ini. Nampak macam dia 
tak menyokong.
Malah, Ahli 
Parlimen Temerloh tu turut mendesak supaya pihak yang menggelarkan diri 
mereka sebagai COMANGO menggugurkan desakan mereka kepada pihak PBB.
Namun, ada 
dikalangan rakyat Malaysia yang meragui keikhlasan yang diluahkan oleh 
Ahli Paelimen Temerloh tu. Termasuk la dari kalangan penyokong PAS 
sendiri.
Bagi mereka,
 kenyataan Si Ahli Parlimen Temerloh merangkap Ketua Pemuda PAS Pusat tu
 hanya sekadar ayat untuk memancing undi dan sokongan dari pihak 
tertentu.
Kata mereka,
 kenyataan yang bertentangan dengan pendirian puak - puak Pakatan 
Haramjadah tu dibuat hanya untuk meraih undi dalam PRK DUN Sungai Limau.
Maklum la. 
Sebelum ini diorang dihimpit dengan kontroversi mengenai isu penggunaan 
kalimah Allah oleh orang Bukan Islam. Pun sesak jugak diorang nak 
menjawab isu tu.
Sekarang, 
bila isu berkaitan dengan COMANGO ni dibangkitkan, mula la diorang pun 
menggelabah tak tentu arah. Nak tak nak, terpaksa la diorang cari jalan 
keluar.
Hakikatnya, 
kenyataan yang dikeluarkan oleh Si Nurul Izzah yang dilihat menyokong 
tuntutan COMANGO tu hanya menyusahkan gerak kerja PAS di Sungai Limau.
Puas pulak 
PAS kena tepis isu tersebut dan menjelaskannya kepada rakyat. Maka tak 
salah sekiranya ada segelintir rakyat yang meragui keikhlasan Si Ahli 
Parlimen Temerloh tu sendiri. Siapa suruh dia cari penyakit berkawan 
dengan PKR!!!


Tiada ulasan:
Catat Ulasan