SIAPA KATA BAS TIDAK PERNAH KENA SAMAN.......SPAD??
  
 
Pemandu
 bas yang turut maut bersama 36 penumpang selepas terlibat dalam nahas 
di Kilometer 3.5 Jalan Genting Highlands kelmarin mempunyai 23 rekod 
kesalahan lalu lintas yang dikeluarkan oleh Polis Diraja Malaysia.
 
 Selain pemandu tersebut, bas milik syarikat Genting Highlands Transport
 Sdn. Bhd. dengan nombor pendaftaran WGA 4136 itu sendiri mempunyai dua 
rekod saman atas dua penama lain yang belum dijelaskan pada 2008.
 
 Jurucakap polis berkata, pemandu tersebut, Lim Kok Hoe (gambar kecil), 
43, berasal dari Batu Pahat, Johor mempunyai 23 rekod saman sejak 1997 
hingga 2009. Tujuh daripadanya telah dijelaskan.
 
 Katanya, 
antara kesalahan yang dilakukan Kok Hoe termasuk memandu laju, 
menghalang lalu lintas, tidak pamer cukai jalan, berhenti di petak 
kuning dan tidak memakai topi keledar.
 
 Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0823&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm#ixzz2cqEjS1ia
 
 
 
 
 
 
  
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan