Pendedahan: Bukti 'Six Million Dollar Man' Lantik Menantu Sebagai Setiausaha Sulit Di Kementeriannya @NajibRazak
 Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, 
Datuk Tajuddin Rahman mengecam laporan berita online mengenai menantu 
lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz yang bekerja di bawah kementeriannya.
Timbalan Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani, 
Datuk Tajuddin Rahman mengecam laporan berita online mengenai menantu 
lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz yang bekerja di bawah kementeriannya. 
Dengan berkata beliau tidak bertanggungjawab terhadap portal berkenaan, Tajuddin berkata: 
"Siapa
 mereka? Saya tidak perlu melaporkan kepada mereka. Apa yang mereka tahu
 mengenai pengorbanan yang telah saya lakukan kepada rakyat dan parti 
sejak 40 tahun lalu? Adakah mereka tahu saya salah seorang yang pernah 
ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ketika Ops Lalang 
pada 1987?." 
Tajuddin berkata demikian sebagai menjawab dakwaan menantu lelakinya, Firdaus Mufazal Faiz, bekerja dengan kementeriannya. 
Tajuddin
 mendakwa laporan portal berkenaan tidak mempunyai kredibiliti untuk 
menyoalnya, kerana mereka lebih berminat untuk agenda yang bermotifkan 
politik berbanding isu yang berkaitan dengan rakyat. 
"Saya
 tahu mereka menantikan penafian secara terus atau pengakuan bersalah. 
Saya tidak akan memberi muka kepada mereka kerana saya tidak mahu 
terlibat sama dalam permainan politik murahan seperti ini," katanya. 
Tajuddin yang juga Ketua Umno bahagian Pasir Salak, turut didakwa 
mempengaruhi ahli Umno bahagian itu supaya memilih dua orang anaknya 
yaitu Dr Faizal sebagai ketua pemuda bahagian manakala Seri Rahayu 
sebagai ketua puteri bahagian didalam pemilihan Oktober ini. Berita 
mengenainya klik di SINI.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan berkata ahli 
keluarga boleh menawarkan perkhidmatan mereka sebagai sukarelawan, namun
 mereka tidak boleh menerima gaji atau dibayar elaun Oleh 
kerajaan.
Hebat sungguh Datuk Tajuddin bermain lidah, jika tidak masakan disebut 
sebagai ahli politik!, tapi masihkan relevan buat Umno dipimpin oleh 
pemimpin seperti Tajuddin ? Ketika mana ahli bawahan Umno mengharapkan 
perubahan dan keinsafan pimpinan atasan, Pemimpin Umno seperti Tajuddin 
langsung tidak mempedulikan mengenai perkara itu. Apa yang mereka fikir 
adalah merebut apa saja kesempatan yang ada dalam mengkayakan diri 
sendiri dan juga kroni.
Apapun yang didolak-dalihkan oleh Tajuddin mengenai menantunya yang 
memang terbukti berkerja di kementeriannya sebagai Setiausaha Sulit 
kepada beliau, terpulanglah untuk anda semua menilainya.
|  | 
| Siapa ni ? Amboiii!!! Bergayanya menantu Menteri, biasalah menantu Menteri katakan...! | 
Namun, perlu disedari, pemimpin yang terkenal dengan jolokan 'Six 
million dollar man' ini juga pernah dipecat pada 1995 oleh Majlis 
Tertinggi UMNO kerana terlibat dalam politik wang RM6 juta bagi merebut 
jawatan ketua bahagian Pasir Salak yang ketika itu disandang oleh 
Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib.
Tidak cukup dengan itu, beliau turut didakwa menerima projek pembinaan UiTM di Tapah yang bernilai RM1.3 bilion menerusi syarikat miliknya Detik Utuh Sdn Bhd walaupun syarikatnya itu tidak mempunyai kelayakan dan rekod dalam pembinaan.
Selain itu, kesamseng-ngan beliau juga dilaporkan telah menampar beberapa individu yang terdiri dikalangan ahli Umno, pemandunya serta wartawan. Didalam parlimen pula, keintelektualan beliau sering diragui dan pada masa sama dipertikaikan oleh MP yang lain ekoran kenyataan yang keluar dari mulut beliau selalunya bersifat kurang cerdik, jumud, porno dan seumpama dengannya. Anda Mampu Mengubahnya. - Bersambung

Bakal menyusul cerita dari Kelantan, bapa Saudara Penyelaras DUN, anak saudara pula Penggawa

Tiada ulasan:
Catat Ulasan