Mula-Mula Tiada, Lepastu Ada. Ini 8 Kenyataan Putar Belit UMNO Tentang Derma RM2.6 Bilion
                  Jika orang tanya dapat duit banyak-banyak dari mana? Apa akan anda jawab? Hanya UMNO boleh beri jawapan.
                
- Pada 3 Julai 2015, kecoh satu Malaysia apabila berita mengenai
 RM2.6 bilion dikaitkan dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib
 Tun Razak.
 
 
 
 The Wall Street Journal melaporkan bahawa
 penyiasat Malaysia mendapati wang sebanyak hampir AS$700 (RM2.6 bilion)
 telah dipindahkan ke akaun peribadi Najib.
 
 
 
 
 
 
 - Selepas isu ini kecoh, berikut adalah kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Najib dan seteru UMNO beliau:
 
 
 
 
 - Kenyataan #1: Datuk Ahmad Maslan nafi Najib terima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi
 
 
 “Tidak betul. Tidak ada pengaliran (wang ke akaun Perdana
 Menteri) dan sebagainya. Sebenarnya Presiden parti telah berikan
 taklimat kepada kami Ahli Majlis Tertinggi tentang perkara itu. Beliau
 tidak pernah menggunakan wang 1MDB masuk ke dalam akaunnya,” kata Ahmad
 Maslan.
 
 
 
 
 
 freemalaysiatoday.com
 
 
 
 
 
 
 
 - Kenyataan #2: Menyatakan ia adalah konspirasi pembangkang
 
 
 Selepas isu itu menjadi viral, Najib mendakwa bahawa beliau
 difitnah dan ia mungkin juga konspirasi dari pembangkang yang ingin
 menjatuhkannya.
 Walaupun begitu, tiada sebarang bukti yang mengatakan ini adalah strategi pembangkang untuk menjatuhkan Najib.
 
 
 
 
 
 
 
 - Kenyataan #3: Ingin mengeluarkan saman terhadap Wall Street Journal
 
 
 Kedengaran juga selepas isu itu menjadi buah mulut orang ramai, Najib hendak mengenakan saman terhadap Wall Street Journal kerana baginya itu adalah satu fitnah yang ingin menjatuhkan imej dirinya sebagai pemimpin negara.
 Bagaimanapun, ternyata tiada sebarang saman dibuat oleh Najib. Adakah ini bermaksud Najib mengakui laporan yang dibuat WSJ?
 
 
 
 
 Datuk Seri Najib Razak tidak akan memfailkan tuntutan saman
 fitnah terhadap Wall Street Journal (WSJ) di Amerika Syarikat (AS)
 kerana beliau bukan personaliti terkemuka di negara itu untuk memperoleh
 nilai ganti rugi lebih tinggi, kata peguamnya.
 
 
 
 
 
 themalaysianinsider.com
 
 
 
 
 
 
 - Kenyataan #4: Tiba-tiba mengaku ada RM2.6 bilion tapi itu bukan duit rakyat mahupun 1MDB
 
 
 Selepas isu tersebut menjadi bualan ramai, ada yang mendakwa itu
 sebenarnya adalah duit rakyat yang 'dirompak' kerajaan selama ini dan
 ada juga yang mengatakan ia adalah wang dari akaun 1MDB yang turut
 menjadi isu hangat ketika itu.
 Tetapi, Najib tetap menafikan tuduhan tersebut.
 
 
 
 
 “Hasil siasatan mendapati dana sebanyak RM2.6 bilion yang
 didakwa dimasukkan ke dalam akaun milik YAB Perdana Menteri, Datuk Seri
 Najib Tun Razak adalah sumbangan penderma, dan bukannya dari dana 1MDB,”
 kata SPRM.
 
 
 
 
  
 malaysiakini.com
 
 
 
 
 
 
 - Kenyataan #5: Mengaku terima wang tersebut tetapi ia sebenarnya duit derma
 
 
 Satu rakaman video menunjukkan Tan Sri Muhyiddin membincangkan
 mengenai dakwaan bahawa wang jutaan ringgit dipindahkan ke akaun
 peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah menjadi perhatian.
 Video
 sepanjang 53 saat itu menunjukkan bekas timbalan perdana menteri itu
 berbual dengan beberapa orang tetamu di kediamannya, antaranya Menteri
 Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir dan bekas menteri, Tan Sri Kadir
 Sheikh Fadzir.
 
 
 
 
  
 malaysiakini.com
 
 
 
 
 Dan setelah isu itu menjadi viral, Najib akhirnya mengaku bahawa
 memang beliau menerima sejumlah wang tersebut tetapi hanyalah atas
 sebab derma dan tiada kena-mengena dengan wang rakyat seperti yang
 didakwa.
 
 
 
 
 
 
 - Kenyataan #6: Memberitahu bahawa duit derma tersebut datang dari kerajaan Arab Saudi
 
 
 Najib akhirnya mendedahkan bawah dana itu disumbang oleh kerajaan
 Arab Saudi tanpa niat lain selain sebagai tanda penghargaan negara
 tersebut kepada Malaysia yang memperjuangkan Islam.
 
 
 
 Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata,
 beliau secara peribadi bertemu dengan wakil "keluarga" dari Timur
 Tengah yang menderma AS$700 juta (RM2.67 bilion) kepada Datuk Seri Najib
 Razak.
 
 
 
 
 
 themalaysianinsider.com
 
 
 
 Dalam perjumpaannya itu, Zahid memberitahu Malaysia bukan
 satu-satunya negara yang mereka salurkan sumbangan tetapi terdapat
 banyak negara lain yang mesra Islam yang turut mereka beri derma.
 
 
 
 
 Dalam masa yang sama, Datuk Seri Azalina Othman Said berkata itu adalah perkara biasa dan bukanlah isu yang besar.
 
 
 
 Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu berkata tiada salahnya
 seseorang menerima pemberian wang sebanyak itu asalkan mendapat
 kebenaran penerima dan tidak menafikan hak mereka yang patut
 menerimanya.
 
 
 
 
 
 themalaysianinsider.com
 
 
 
 
 
 
 - Kenyataan #7: Guna dana untuk kemajuan parti
 
 
 Setelah itu, Najib memberitahu bahawa dana tersebut akan digunakan untuk kemajuan parti.
 
 
 
 Tujuan utama sumbangan berkenaan diberikan kepada kerajaan yang
 ditunjangi UMNO ini adalah untuk memastikan Malaysia dapat meneruskan
 perjuangan demi agama Islam seperti yang dilakukan sebelum ini.
 
 
 
 
 
 sinarharian.com.my
 
 
 
 
 Menurut Naib Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, terdapat tiga sebab mengapa 'dana khas' ini diberi.
 1.
 Pemberian sumbangan ini ialah Malaysia mempunyai undang-undang khusus
 untuk mengekang keganasan kumpulan militan yang mampu menganggu-gugat
 keharmonian global.
 2. Umno juga yang diterajui
 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memperjuangkan Islam dan
 mengamalkan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah, serta mengekang ajaran yang
 menyeleweng daripada Islam sebenar.
 3. Derma
 berkenaan adalah untuk mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara
 sederhana yang menjalankan hukum Islam biarpun terdiri daripada
 masyarakat pelbagai kaum
 
 
 
 
 
 
 - Kenyataan #8: Duit derma dipulangkan semula. Hmmm kenapa?
 
 
 Dan semalam media melaporkan bahawa Najib memulangkan semula
 sebahagian besar dana Rm2.6 bilion yang diterima daripada keluarga
 diraja Arab Saudi.
 
 
 
 Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali, berkata sebanyak
 USD620 juta atau RM2.03 bilion dikembalikan semula pada Ogos 2013 kerana
 tidak digunakan.
 
 
 
 
 
 freemalaysiatoday.com
 
 
 
 Menurutnya lagi, berdasarkan keterangan saksi-saksi dan
 dokumen-dokumen sokongan yang dikemukakan, beliau berpuas hati bahawa
 tidak terzahir apa-apa kesalahan jenayah berhubung sumbangan dana RM2.08
 bilion tersebut.
 
 
 
 
 
 
 
 - Menariknya, kerajaan Arab Saudi tidak mengetahui sebarang berita mengenai derma ini. Eh?
 
 
 
 Kementerian kewangan dan kementerian luar negara Arab Saudi
 tidak tahu menahu berkaitan sumbangan daripada kerabat diraja negara itu
 kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.
 “Pegawai-pegawai
 kerajaan Saudi, ketika enggan mengulas secara khusus terhadap kenaytaan
 pendakwa, berkata kementerian luar dan kewangannya tiada maklumat
 berhubung pemberian sebegitu dan sumbangan diraja ke akaun peribadi
 pemimpin luar tidak mempunyai duluan," menurut laporan WSJ.
 
 
 
 
  
 malaysiakini.com
 
 
 
 Pulak dah?
 
 
 
 
 
  
  
  
  
  
  
  
  
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan