DUN dan Jawatan MB Selangor Ni "Bapak" PKR Yang Punya Ke? 
 
 SHAH ALAM - Pemuda Pas Selangor membidas tindakan bekas Adun Kajang, 
Lee Chin Cheh meletakkan jawatan tanpa alasan munasabah sebaliknya hanya
 ingin  memberi  laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih 
kerusi tersebut.
 Justeru,   dilihat 
sebagai  satu bentuk pengkhianatan kepada rakyat Selangor serta rakan 
komponen dalam Pakatan Rakyat (PR) Selangor sedangkan negeri itu 
ditadbir secara bersama oleh Pas, PKR dan DAP.
 
 Menurut Ketua 
Pemuda Pas Selangor, Syarhan Humaizi Abdul Halim, pihaknya kesal dan 
kecewa dengan tindakan tersebut yang menurutnya dilihat membelakangkan 
rakan daripada PR dalam membuat keputusan.
 
 "Melihat situasi 
yang berlaku, peletakan jawatan itu hanya semata-mata untuk memberi 
laluan kepada Datuk  Seri Anwar Ibrahim bertanding sepertimana yang 
telah diumumkan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim pagi 
tadi.
 
  "...oleh itu Pemuda Pas Selangor mengingatkan PKR bahawa
 Selangor khususnya adalah negeri yang ditadbir secara bersama oleh Pas,
 PKR dan DAP,...sepatutnya persetujuan bersama amatlah diperlukan.
 
 "...ini kerana tiada istilah Selangor adalah negeri PKR atau 
sebaliknya, maka tindakan sebegini akan mengeruhkan suasana politik 
antara PR dan memberi imej negatif kepada rakyat," katanya menerusi satu
 kenyataan hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan