 
 jam 12.17 awal pagi ini.
Menurut Pengarah HSNZ Tengku Ramlah Tengku Senik, Allahyarham meninggal akibat sindrom kegagalan fungsi pelbagai organ (MODS).
"Allahyarham meninggal jam 12.17 pagi ini akibat kegagalan fungsi organ dalaman (MODS)," katanya di sini.
Allahyarham pernah menjadi Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Manir selama empat penggal bermula 1982 (Pilihan Raya Umum ke-6) sehingga 2004 pada PRU-11 dan sepanjang tempoh itu hanya sekali kalah pada PRU-7.
Allayarham meninggalkan seorang isteri dan lima anak.
Sementara itu, menurut Ketua Penerangan Dewan Ulama Pas Pusat Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, jenazah Allahyarham dikebumikan pagi ini di Markaz Tarbiah Kubang Lembik, Manir di sini.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang merupakan antara pemimpin Pas yang hadir. - Bernama
Satu
 kejayaan Allahyarham Dato Harun Taib, Ketua Dewan Ulama PAS sebelum 
Allahyarham menghembuskan nafas terakhir Allahyarham semalam. Dalam 
hayat Allahyarham, Allahyarham tetap bertegas menentang penggunaan 
Kalimah Allah yang dituntut pihak Kristian didalam Bible atau cetakan 
versi bahasa Melayu untuk mengantikan perkataan God.
 Semoga roh Allahyarham di rahmati Allah S.W.T dan di tempatkan bersama golongan orang-orang yang beriman.
 Ayuh marilah Umat Islam tanpa mengira fahaman politik mempertahankan 
Kalimah Allah dari diguna pakai pihak Kristian untuk diterjemahkan 
mengantikan perkataan God dalam versi bahasa Melayu.
 
 

 

Tiada ulasan:
Catat Ulasan