Haji Mohamad Sabu mahu bantu Presiden lebar pengaruh PAS
 KUALA LUMPUR:
 Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempertahankan jawatannya dalam 
pemilihan kali ini sebagai usaha bagi membantu Presiden mengembangkan 
pengaruh PAS kepada bukan ahli PAS.
KUALA LUMPUR:
 Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu mempertahankan jawatannya dalam 
pemilihan kali ini sebagai usaha bagi membantu Presiden mengembangkan 
pengaruh PAS kepada bukan ahli PAS.Katanya, usaha ini termasuklah membantu mendekatkan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dengan badan bukan kerajaan di kalangan bukan Melayu seperti kaum Cina, India dan sebagainya.
"Kita bantu Presiden kembangkan pengaruh PAS kepada orang yang bukan ahli PAS, terutama di kalangan orang Melayu dan Ngo seperti Suaram, Aliran, MTUC, Kesatuan Sekerja, dan banyak lagi.
Nik Amar Bertanding Untuk Suburkan Demokrasi

KOTA BHARU: Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Mohd Amar Abdullah menawarkan diri untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti bagi memberi ruang kepada perwakilan untuk ‘memilih’.
Katanya, setelah Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menarik diri bertanding jawatan tersebut, beliau menerima tanggung jawab bagi memenuhi hasrat perwakilan yang turut mencalonkannya untuk bertanding jawatan tersebut.
Beliau berkata demikian pada sidang media berhubung hasratnya menerima pencalonan jawatan Timbalan Presiden PAS di pejabatnya, di Kota Darulnaim, tengahari tadi.
HAYATILAH PERLEMBAGAAN PARTI PAS 
Pemerhati asing mula menunjukkan minat terhadap pemilihan PAS sejak dari
 tahun 2009, iaitu selepas Pakatan Rakyat (PR) mencapai kemenangan besar
 dalam Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU 12).
Kehadiran Dr Bridget Welsh pada Muktamar PAS ke-55
 tentunya menarik perhatian. Welsh hadir sebagai pemerhati di sayap 
wanita (muslimah) parti itu sambil ditemani Ketua Wanita PKR, Zuraida 
Kamaruddin.
Semua ini mempunyai makna-makna yang tersendiri, apatah lagi ketika itu 
Muktamar PAS menyaksikan pertandingan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat untuk
 sesi 2009-2011.
Seperti biasa, Ketika itu pun jawatan Presiden PAS bukan subjek utama 
kerana sudah dijangkakan Datuk Seri Abdul Hadi Awang bakal menang tanpa 
bertanding, namun fokus utama adalah jawatan Timbalan Presiden PAS.
Ketika itu tiga tokoh PAS menawarkan diri untuk bertanding jawatan 
tersebut iaitu Ustaz Nasharudin Mat Isa, Datuk Husam Musa dan Mohamad 
Sabu (Mat Sabu).
“PAS perlu berubah atau diubah,” tulis Welsh
 dilaporkan wanitakeadilan yang mengambarkan pertembungan kem 
konservatif Islam diwakili Nasharudin Mat Isa (Nasha) dengan kumpulan 
liberal (Erdogan) diwakili Husam Musa.
Ketika itu Mat Sabu tidak diberi perhatian, sebaliknya Husam Musa yang disebut-sebut sebagai ketua kem liberal PASgagal memenangi jawatan Timbalan Presiden PAS. Nasha menang dengan mendapat 480 undi, Husam 281 undi dan Mat Sabu, 261 undi.
Welsh melihat kemenangan Nasha itu dengan pandangan sinis.
“Pertimbangkan pemenang dalam pertandingan Timbalan Presiden, 
Nasharuddin Mat Isa. Hanya empat tahun lalu, apabila beliau telah 
dilantik pada tahun 2005, beliau telah disebut-sebut sebagai pemimpin 
yang progresif (liberal). (Namun) Hari ini, beliau telah dilabelkan 
sebagai pembela ulama, suara konservatif.
“Identiti politik Nasharuddin ini masih tidak jelas, kerana ia dibentuk 
oleh kuasa-kuasa dalaman parti… dan bukannya didorong oleh prospek yang 
tetap.
“Beliau mewakili posisi majoriti pemimpin PAS yang menjadi ahli-ahli 
politik, dan mengamalkan ‘haiwan politik’ dan bukannya ideologi politik.
 Sebagai haiwan politik, mereka beroperasi melalui pujukan dan 
kepentingan, dan bukannya prinsip serta ideologi dengan kedudukan yang 
tetap,” ulas Welsh.
Sekali lagi Welsh memberi perhatian terhadap pemilihan PAS pada tahun 
2011 iaitu pada muktamar kali ke-57, di mana kali ini pertandingan 
Timbalan Presiden tiga penjuru antara penyandang, Nasha ditentang oleh 
Mat Sabu dan Tuan Ibrahim Tuan Man.
Mat Sabu menang dengan undi 420 undi menewaskan penyandang, Nasha, 224 undi dan seorang lagi dari kem ulama, Tuan Ibrahim dengan 399 undi.
Tidak seperti kemenangan Nasha pada tahun 2009, kemenangan Mat Sabu sebagai Timbalan Presidendipandang Welsh
 sebagai kemenangan kumpulan progresif (liberal) dalam PAS untuk 
mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dalam merealisasikan ‘PAS for All.’
“Kemenangan kumpulan progresif dalam parti Islam Malaysia untuk 
berkhidmat lebih dinamik dalam Pakatan Rakyat dan mengukuhkan 
penglibatan PAS dalam politik negara,” ulas Welsh.
Selain Welsh kemenangan Mat Sabu dan kumpulan Naib Presiden liberal, 
Husam Musa, Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub disambut gembira oleh DAP 
dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
“Wajah baru kepimpinan PAS sekarang telah melenyapkan sentimen kerjasama
 perpaduan PAS-UMNO yang menjadi kebimbangan komponan Pakatan Rakyat 
terutamanya DAP dan PKR,” kata Ketua Publisiti DAP, Teresa Kok 
dilaporkan dalam Suara Keadilan, 7 Jun 2011.
Katanya kemenangan gandingan wajah baru dalam kepimpinan PAS 2011-2013 
akan memantapkan lagi hubungan dengan DAP dan PKR dalam menghadapi 
Pilihan Raya Umum ke 13 akan datang.
“Tahniah kepada Mohamad Sabu dan semua pimpinan serta ahli-ahli PAS yang
 memahami senario politik semasa bagi memantapkan lagi PR untuk 
menguasai Putrajaya di masa depan,” jelas beliau yang juga Ahli Parlimen
 DAP Seputih.
Anwar pula melihat kemenangan itu sebagai PAS kembali pada landasan 
betul iaitu kembali semula ke era penubuhan zaman almarhum Dr 
Burhanuddin al Helmy.
Ketika zaman Dr Burhanuddin, PAS tidak bergerak di atas kerangka Negara Islam, sebaliknya berpaksikan politik nasionalisme.
“PAS memiliki sejarah panjang memperjuangkan rakyat sejak sebelum 
merdeka. Tokoh seperti almarhum Dr Burhanuddin al Helmy, Almarhum 
Zulkifli Muhamad dan almarhum Ustaz Fazil Mohd Noor tidak asing dalam 
mengungkap perjuangan menegakkan keadilan dan menentang kezaliman dalam 
kerangka politik nasional,” katanya.
Namun kesungguhan Welsh terhadap pemilihan PAS itu turut dipandang sinis oleh bekas blogger PAS, MZ.
Siapa Bridget Welsh ?
MZ, menyusurgalurkan latar belakang Welsh seperti berikut :
Bridget Welsh kini bergelar Profesor Bersekutu Sains Politik di 
Universiti Pengurusan Singapura yang mana kini beliau sedang menyiapkan 
penyelidikan yang bertajuk “Gender and Politics in Southeast Asia ”
 yang berfokuskan kajian mengenai persamaan gender di rantau ASEAN. 
Sebelum ini beliau turut bergelar Profesor Bersekutu di Southeast Asia 
Studies Program di Universiti Johns Hopkins, Amerika yang mana Anwar 
turut menjadi Profesor jemputan di sana.
1. Freedom House
Hujah pertama yang mengatakan Bridget Welsh adalah agen CIA ialah apabila beliau bergelar Konsultan kepada Freedom House,
 organisasi yang mempromosikan kebebasan melampau gaya Amerika. Freedom 
House adalah terkenal di seluruh dunia sebagai operasi rahsia CIA, 
apabila ia ditubuhkan serentak dengan NED dan menerima tajaan daripada 
agensi itu. Buktinya anda boleh taip di enjin carian google mengenai 
perkara ini ataupun klik sini sahaja untuk mengetahui kaitan langsung CIA, NED dan Freedom House.
Freedom House juga sering mengkritik kerajaan Malaysia kononnya tidak bebas seperti yang dimahukan mereka.
Apa yang paling melampau yang dilakukan oleh Freedom House adalah untuk memastikan seluruh Timur Tengah mencontohi negara Israel
 yang dikatakan mereka sebagai negara paling bebas di Timur Tengah dan 
dunia. Antara lain perkara ini membuktikan modus operandi mereka yang 
mahu menjadikan Timur Tengah seperti Israel. Antara yang terlibat secara
 tidak langsung dalam membawa kebebasan gaya Amerika di Timur Tengah ini
 ialah Yayasan Masa Hadapan atau Foundation For The Future yang turut pernah dianggotai Anwar sebagai Pengerusi dan juga kekasih Wolfowitz, Shaha Riza.
Tugas Bridget Welsh di Malaysia pula adalah membawa agenda Freedom House
 ini ke Malaysia dengan mencanangkan Malaysia sebagai negara yang tidak 
bebas dan tidak demokrasi, ini dapat dilihat melalui setiap tulisan 
beliau terhadap Malaysia.
2. Asia Barometer dan Merdeka Centre
Bridget Welsh juga merupakan Pengarah Malaysia Asia Barometer Project
 Survey yang menumpukan kajian mengenai demokrasi di Malaysia. Melalui 
Asia Barometer ini juga beliau berkerjasama dengan Ibrahim Suffian, 
Pengarah Merdeka Centre untuk menjalankan kajian politik di Malaysia 
antaranya ialah “Malaysia Country Report: Second Wave of Asian Barometer
 Survey, yang diterbitkan pada tahun 2007.
3. Malaysiakini
Bridget Welsh turut membawa propagandanya ke dalam Media Malaysia dengan
 menjadi kolumnis tetap Malaysiakini akhbar internet yang mendapat 
tajaan terus NED. Bukti paling besar kaitan terus Bridget Welsh, 
Malaysiakini, Freedom House dan juga NED apabila Bridget Welsh secara 
individu, Premesh Chandran daripada Malaysiakini yang mendapat tajaan NED tahun lepas,Sarah Cook daripada Freedom House dan John Knaus daripada NED berkerjasama menjayakan satu forum mengenai kebebasan media internet di Malaysia anjuran NED pada tahun lepas di Washington.
Penglibatan semua agensi yang berkaitan dengan Bridget Welsh dalam satu 
forum ini yang menunjukkan secara simbolik beliau adalah agen CIA. 
Kerana semua agensi itu Malaysiakini, Freedom House dan juga NED 
mempunyai kaitan dengan CIA secara langsung atau secara tidak langsung.
Read more: http://pecahpalakmikir.blogspot.com/2013/11/video-jentera-dr-bridhet-turun-bantu.html#ixzz2kUVa6qMk
 
 
Tiada ulasan:
Catat Ulasan