Kenyataan Tuan Ibrahim Tamparan Hebat Buat Ketua Dewan Ulama PAS
Selepas Mursyidul Am Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presiden PAS Datuk
 Seri Abdul Hadi Awang, kini Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim 
Tuan Man, iaitu jurucakap rasmi PAS, pula menegaskan komitmen parti itu 
untuk mengukuhkan Pakatan Rakyat (PR) dan bukannya mengkaji balik 
keperluannya.
Kenyataan ketiga-tiga tokoh utama PAS ini memberikan tamparan hebat 
kepada cadangan yang dibuat oleh Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib
 agar tahaluf siasi (kerjasama politik) PAS dengan PKR dikaji balik.
Dalam ucaptama di Multaqa Ulama SeMalaysia (gambar) di Alor Setar, Harun
 mencadangkan agar tahaluf siasi dikaji balik "untuk mengkaji dan 
menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu kepada PAS serta menilai 
kembali tahaluf siasi terutamanya dengan PKR sejauh mana ia 
menguntungkan PAS".
The Malaysian Insider difahamkan, cadangan yang terdapat dalam kertas 
ucaptama ini tidak dibaca oleh Harun. Bagaimanapun idea ini 
diperkukuhkan melalui resolusi multaqa.
"PAS ingin menegaskan komitmen kita untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat 
dalam menghadapi pilihan raya umum akan datang," kata Tuan Ibrahim dalam
 satu kenyataannya.
Menurut Tuan Ibrahim (gambar), segala kelemahan yang timbul akan diperbaiki melalui meja rundingan.
PAS mengalu-alukan sebarang cadangan serta komentar dari mana-mana Dewan
 dan pandangan dalaman untuk meneliti apa jua unsur yang dianggap 
bertentangan dengan syarak, katanya.
"PAS melihat resolusi dari Dewan Ulama hasil Multaqa Ulama sebagai 
sesuatu yang menepati demokrasi dalam PAS, kerana Dewan Ulama sebagai 
sayap penting parti sewajarnya membuat rumusan bagi pihak dewan yang 
diwakili," katanya.
Sehubungan itu, PAS Pusat berharap Dewan Ulama dapat mengemukakan 
perkara yang menjadi kebimbangan mereka itu, tambah Tuan Ibrahim.`
Dalam kenyataannya juga, Tuan Ibrahim berkata, cadangan Dewan Ulama 
supaya jawatan tertinggi parti dipilih daripada ulama, akan diputuskan 
oleh para perwakilan.
"Sebagaimana juga dewan-dewan lain akan mengangkat dewan yang mereka 
wakili; terpulang kepada perwakilan untuk bersetuju atau sebaliknya 
dengan cadangan dari Dewan Ulama itu.
"PAS melihat ketentuan jawatan adalah hak perwakilan untuk memilih. 
Perlembagaan parti jelas memberi hak kepada perwakilan," katanya. ~the malaysian insider
Addin :
Sebagai ahli PAS, Addin berdiri teguh di belakang pendirian TGNA,TGHH dan Tuan Ibrahim. Moga ramai lagi di kalangan ulama PAS yang berpendirian sebegini...
Sebagai ahli PAS, Addin berdiri teguh di belakang pendirian TGNA,TGHH dan Tuan Ibrahim. Moga ramai lagi di kalangan ulama PAS yang berpendirian sebegini...

Tiada ulasan:
Catat Ulasan