salam

Isnin, 26 Oktober 2015

Ridhuan Tee : Program Realiti Keagamaan Lebih Melawak, Menyanyi


photo_2015-10-26_11-40-43
BANGI, Isnin – Pendakwah bebas, Ustaz Ridhuan Tee Abdullah mengkritik beberapa program realiti keagamaan yang gagal memenuhi teori asas pengucapan awam.
Selain itu, beliau berkata, pengambilan peserta program itu juga dilakukan tanpa mengambil kira ilmunya, sebaliknya lebih kepada kebolehan melawak dan menyanyi.
“Apa matlamat program realiti TV terutama yang berbentuk keagamaan? Mencungkil bakat baharu? Mewarnakan dunia dakwah? Mencari glamor? Atau mahu mencari keuntungan lumayan? Ini yang menjadi kebimbangan.
“Perlu diingat, asas program realiti adalah ilmu dan dakwah. Kebolehan dan kepintaran menyampaikan sesuatu dengan baik, itulah kehebatannya,” katanya menerusi tulisan terbaru beliau disiarkan dalam Sinar Harian, hari ini.
Beliau menyarankan para peserta untuk belajar tiga konsep dalam ilmu pengucapan awam iaitu ethos, pathos, dan logos yang telah dipelopori oleh Socrates bagi memantapkan lagi dunia dakwah.
Di samping itu perlu dipastikan juga apa yang disampaikan itu mudah difahami, hujahnya konkrit, dan disertakan dengan bukti fakta serta statistik.
“Jika tidak, cerita tidak masuk akal, maka tidak perlulah dijaja semata-mata untuk menarik emosi seseorang. Misalnya, cerita-cerita Israeliyyat dan hadis palsu.
“Amat malang sekali mendengar ceramah, tiba-tiba, belum apa-apa penceramah sudah menangis, seolah-olah dibuat.
“Sedangkan tangisan itu perlu datang dari hati, barulah kita boleh mempengaruhi penonton,” katanya.
Ridhuan juga mengkritik para juri yang antaranya terdiri daripada artis yang berlagak seperti malaikat apabila berada di dalam program tersebut, yang hanya baik di hadapan kaca televisyen namun di luar tidak semenggah apa yang dipaparkan.
“Apakah Islam ini seperti cerita filem, adakalanya berlakon baik, adakalanya jahat. Masuk masjid jadi mujahid, keluar masjid menjadi mujahat. Adakah ini bentuk Islam yang ingin ditonjolkan? Tidakkah Islam itu way of life?” katanya.
Beliau menyeru semua umat Islam untuk menginsafi diri dan kembali kepada jalan yang benar
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...