Saya sekadar menyuarakan pendapat sahaja...Statement yang menyatakan "Jamaah Tabligh DITUBUHKAN oleh Mawlana Ilyas al-Kandahlawi " saya rasa kurang tepat , Almarhum Maulana Ilyas telah menghidupkan semula usaha yang telah diwariskan oleh Baginda Nabi s.a.w , para sahabat, tabi'in dan tabit tabi'in ...Disesuaikan dengan keadaan iman masyarakat dizaman beliau sehingga saat ini.. Dimana hasil usaha yang mirip mirip usaha baginda nabi ini telah menyegarkan kembali imaniyat masyarakat sehingga masyarakat merasakan kerja dakwah ini adalah tanggung jawab yang tidak boleh diabaikan. Hasilnya kita lihat sendiri sehingga hari tidak ada satu negara pun didunia tidak terlibat dengan usaha jemaah tabligh.
Kebangkitan dan perkembangan usaha Dakwah ini sedikit sebanyak telah mencetuskan salah faham dan tentangan yang tidak wajar dikalangan ulama ulama dunia yang bersikap seperti ahlul kitab dizaman baginda nabi. Sebagai contoh di Malaysia ada Mufti Negeri negeri mengambil sikap yang drastik sehingga berani mengerluarkan fatwa gerakan Jemaah tabligh ini HARAM ( Negeri Sabah).. dan ini sedikit telah menimbulkan kekeliruan dalam masyarakat masih berpegang kepada Fatwa yang masih lagi belum di tarik balik secara rasmi, Walaupun usaha penjernihan dan penerangan mengenai pendekatan dan kaedah yang dilaksanakan oleh JT ( seperti Fatwa yang dikeluarkan oleh e-fatwa ) .. Perkara ini kalau tidak dibetulkan boleh mengundang Kemurkaan Allah dan meletak masyarakat yang jahil jadi golongan Abu Jahal, Namrud,Firaun moden ( nauzubillah ). Maha benar lah Allah melalui keterangan berikut " Dengan Alquran (kalamullah) Allah memberikan hidayah dan dengan Alquran jugalah Allah menyesatkan manusia.." Wallahu aklam semuga tulisan dan komen ini sedikit sebanyak mencetuskan fikiran yang membina dan menzahirkan tindakan yang wajar...Demi menyelamatkan seluruh umat manusia terjerumus dalam perangkap Syaitan laknatullah...