Gambar Wali 7
Mereka pernah berperanan di semenanjung Tanah Melayu termasuk Singapura
antara akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 bagi menyekat pengaruh
budaya penjajah Barat dengan benteng iman, ilmu dan amal. Mereka adalah
ahli sufi yang bersiasah dakwah, menggunakan syakilah(stail)
masing-masing dalam perjuangan jihad mereka bagi menyemarakkan lagi
pegangan agama di kalangan bangsa Melayu sehingga kini begitu sinonim
“Melayu-Islam”. Jasa-jasa-jasa besar mereka harus dikenang dan dicontohi
terutamanya oleh generasi hari ini yang mempunyai cita-cita perjuangan
murni menggemilangkan semula Islam.
Mereka dikenali sebagai wali hanya Allah s.w.t sahaja yang Maha
Mengetahui (Wallahu a’lam). Keperibadian mereka begitu mulia dengan
amalan-amalan bermartabat tinggi di sisi Allah s.w.t dan Rasul-Nya.
Mereka adalah kekasih Allah: Habib Nuh, Tukku Paloh, Tuan Tulis, Syeikh
Said Al-Linggi, Syeikh Muhammad Nor Al-Kholidi, Tuk Kenali dan Tuan
Hussein Kedah Al-Banjari.
Justeru amatilah jasa-jasa perjuangan, kebijaksanaan, kewarakan dan
kemuliaan karamah daripada Allah s.w.t pada tujuh tokoh Melayu ini.
“Mengingati orang soleh mendatangkan rahmah.” InsyaAllah, berbagai suri
teladan terdapat dalam buku 7 WALI MELAYU.
1.:
AS SAYID HABIB NUH
Peranannya TersembunyiHadiri Sidang Wali-Wali Menunduk Gabenor yang Angkuh Wasiat Supaya Dikebumi Atas Bukit
..Di Singapura, nama As Sayid Habib Nuh sudah tidak asing lagi.
Beliau berketurunan Rasulullah SAW menerusi nasab Zainal Abidin bin
Sayadina Hussien r.a. Maqamnya yang terletak di atas sebuah bukit kecil
di Jalan Palmer, sering dikunjungi pelawat teruatama hari-hari cuti.
Pengunjung maqam itu bukan saja daripada kalangan orang Islam
Singapura dan Malaysia tetapi ramai juga dari negara-negara Asia lain.
Ini menunjukkan Habib Nuh r.h. lebih masyhur selepas kematiannya
berbanding semasa hayatnya.
Sebagai seorang wali Allah, pelbagai cerita pelik dan luar biasa
berlaku pada dirinya, dan cerita-cerita itu belum ditulis dalam bentuk
buku dan manakib. Tulisan ini memaparkan sebahagian daripada
keistimewaan, karamah dan kejadian-kejadian aneh yang berlaku ke atasnya
yang menggambarkan beliau sebagai orang kerohaniah yang mempunyai
peranan tersendiri dan tersembunyi…
2.
TUKKU PALOH:
Ulama Regu SultanPencatur Dasar Luar
Terengganu Keturunan Rasulullah Menuntut di Makkah Regu Sultan Zainal
Abidin III Menentang Pertapakan British di Terengganu Berunding dengan
British Memerintah Paloh dengan Hukum Islam Sembahyang Berimam Nabi
Khidir as Mahkamah Keadilan Sendiri Amalan Tareqat dan Syahadat Tukku
Kontroversi Syahadat Tambahan Tukku Paloh.
Tukku Paloh atau nama sebenarnya Sayid Abdul Rahman bin Muhammad Al
Idrus adalah ulama kerohanian yang berkecimpung dalam bidang pentadbiran
dan diplomatik di terengganu. Beliau hidup dalam zaman pemerintahan
lapan orang sultan silih berganti; paling lama dan paling kuat pengaruh
beliau semasa pemerintahan Sultan Zainal Abidin III, Sultan Terengganu
ke-11.
Kerana kewibawaannya, beliau diberi mandat oleh Sultan mentadbir
kawasan Paloh dan mengawasi Hulu Terengganu. Beliau juga diterima
sebagai penasihat pertama dan utama kepada Sultan dalam berbagai
persoalan. Beliau tegas dan pintar dalam bidang diplomatik, dan sering
diberi peluang mewakili Sulatan berunding degan pihak British sehingga
pada zaman itu British gagal menjajah Terengganu.
Tukku Paloh terkenal sebagai seorang wali ALLAH yang mempunyai
berbagai karamah dan sentiasa mendapat bantuan ALLAH SWT khusunya
sewaktu mengendalikan urusan rakyat. Tukku Paloh adalah khalifah Tareqat
Naqsyabandiah, dan beliau turut mengamal dan mengembangluaskan
‘Syahadat Tukku’ satu amalan yang disusun oleh ayahnya Tukku Tuan Besar.
Di antara anak murid dan pengikut Tukku Paloh yang terkenal ialah
Haji Abdulu Rahman Limbong, Haji Mat Shafie Losong, Tuk Kelam, Tuk
Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Haji Wan Emobong Paloh, Haji Abdullah
Chik Fatani, Tuk Gajah, dan SUltan Zainal Abidin III.
3.
TUAN TULIS:
Tempat Rujuk Masyarakat Rahsia Di
Sebalik Gelaran TUan Tulis Padam Kebakaran Besar di Makkah Mengubat Secara
Rohaniah Suka Duduk Dengan Orang Jahil.
Nama sebenar Tuan Tulis adalah Haji Ismail bin Hussein, terkenal
sebagai seorang wali ALLAH yang mendekati masyarakat dengan penuh
hikmah. Beliau menjadi tempat rujuk orang ramai dalam pelbagai masalah,
khususnya dikalangan penduduk Kuala Talang dalam daerah Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.
Namanya turut dikenali di kalangan kerabat Yang Dipertuan Besar
Negeri Sembilan, kerana beliau pernah mengubati Yang Dipertuan Besar
yang pertama yang uzur di London pada tahun 1925. sedangkan pada ketika
itu Tuan Tulis sebenarnya sudah meninggal dunia tiga tahun lepas.
Oleh kerana miskin, beliau tidak dapat membeli kitab-kitab yang
menjadi teks pengajian sebagaimana yang dimiliki oleh pelajar-pelajar
lain, “Setiap malam beliau menyalin matan kitab yang akan dipelajari
pada keesokan harinya dengan cara meminjam dari pada kawan-kawannya.
Begitulah tabiatnya,” cerita Tuan Haji ISmail Haji Hussein, imam Masjid
Tuan Tulis di Kuala Talang, Kuala Pilah, Negeri Sembilan.
Melihat pada tabiatnya yang rajin dan tekun menulis itulah, guru dan
sahabat-sahabat sepengajiannya memanggil beliau ‘Ismail Tulis’. Gelaran
ini sungguh mesra sepanjang beliau dalam pengajian itu. Apabila tamat
pengajian, orang-orang kampung menghormatinya pula dengan panggilan
“Tuan Tulis”.
4.
ASY SYEIKH MUHAMMAD SAID AL LINGGI:
Ulama Tareqat
Pencorak MasyarakatBertemu Rasulullah dalam suri Dakwah ke Siam,
Kampuchea dan SingapuraAnak Melayu Berjiwa BesarProfil Ringkas Penulis
Manakib Syeikh Said Al LinggiProfil Ringkas Khadam Syeikh Said.
Keistimewaan Asy Syeikh Muhammad Al Linggi ialah beliau bukan saja
alim empat mazhab feqah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang muktabar tetapi juga
terkenal sebagai seorang ulama yang mengembangkan Tareqat Ahmadiah yang
diasaskan oleh Asy Syeikh Muhammad Idris Ad Dandrawi r.m. Dan kerana
mengembangkan ilmu tareqat, beliau menjelajah hingga ke Kampuchea,
Thailand dan Singapura, selain di merata Semenanjung Tanah Melayu
khususnya negeri asalnya Negeri Sembilan Darul Khusus.
Di Negeri Sembilan, Syeik Said menjadi ulama pertama yang membuka
pusat pengajian sistem pondok bertempat di Ampangan, kira-kira 1km dari
bandar Seremban. Beliau tidak pernah rehat dari mengajar orang ramai di
merata tempat khususnya dalam daerah Linggi dan Port Dickson.
5.
SYEIKH MUHAMMAD NOR AL KHOLIDI:
Pengasas Kampung Islam Contoh Bangung Perkampungan Berteraskan Syariat Tegak Pusat Tarbiah Wa Ta’limKuatkuasa Undang-undang.
SYEIKH MUHAMMAD NOR AL KHOLIDI adalah khalifah ke-35 Tareqat
Naqsyabandiah dan terkenal sebagai seorang wali Allah dengan berbagai
karamah. Beliau juga seoranhg pemimpin masyarakat yang bewibawa dan
berjiwa sufi. Ini bukti dengan berjayanya beliau memimpin ahli jemaahnya
di perkampungan Sungai Cincin, Gombak, sekitar tahun 1894-1919, di mana
satu struktur pentadbiran dan undang-undang yang dilagangnya sendiri
dapat dipraktikkan.
Dengan sokongan orang ramai, Syeik Muhammad Nor yang berasal dari
Sumatera Utara, dapat membangunkan sebuah pusat pengajian yang bukan
saja menekankan sola-soal ilmu tetapi juga tarbiah rohaniah.
Kampung Sg. Cincin, Gombak terletak kira-kira 13 km dari bandaraya
Kuala Lumpur. Syeik Muhammad Nor Al Kholidi mula menerokanya pada
sekitar tahun 1894, kira-kira 10 tahun dari tarikh beliau tiba di Tanah
Melayu dari kampung asalnya di Penyambongan, Sumatera Utara.
Turut behijrah bersama ulama sufi ini ialah adik angkatnya Syeikh
Zainal Abidin dan dua ulama lain. Mereka dari keturunan Mendeleng.
Keempat-empat mereka alim-alim belaka dan apabila sampai ke Semenanjung
mereka berpecah, seorang menetap di Tapah Perak, seorang lagi mungkin di
Perak juga, cuma mereka berdua (Syeikh Muhammad Nor dan Syeikh Zainal
Abidin) yang tidak berpisah,” kata Hajah Fatimah, 69 tahun, anak bongsu
kepada Syeikh Muhammad Nor, ketika ditemui di rumah anaknya di Sentol
Pasar, Kuala Lumpur.
6.
TUK KENALI:
Penyemarak Kebangkitan PondokAnak
GeniusBerkat Doa dan Asuhan IbuPendidikan Pondok Tuk KenaliKitab-kitab
PengajianGiat Dalam PenulisanPeranan Dalam PemerintahanAkhlak dan Amalan
RohaniahKeramah Tuk KenaliPulangnya Ulama TerbilangTuk Kenali Dari
Kacamata Anak Muridnya.
Nama Tuk Kenali tidak asing lagi di negara ini, dan satu ketika dulu
pengaruh beliau cukup kuat hingga sampai ke Patani. Beliau mempunyai
peranan langsung terhadap kebangkitan Islam di Kelantan pada zaman
kegemilangannya hingga mendapat julukan ‘Serambi Mekkah.’
Di samping mengajar, Tuk Kenali aktif dalam penulisan, urusan
kemasyarakatan dan juga pemerintahan. Beliau adalah orang penting di
belakang penerbitan majalah ‘Pengasuh’. Pernah menjadi Ahli Majlis Agama
dan Adat Istiadat Melayu Kelantan dan Ahli Majlis (Dewan) Ulama.
Tuk Kenali berpesan kepada murid-muridnya, antara lain, “mengaji sungguh-sungguh” dan “Buka pondok”.
Sekitar dua dekad pertama abad ke-20 itu, era pondok-pondok pengajian
berkembang begitu pesat hasil sumbangan barisan pelapis yang mendapat
asuhan dan tarbiah secara langsung dari Tuk Kenali serta tokoh-tokoh
ulama lain di Kelantan. Murid-murid Tuk Kenali datang dari merata tempat
terutamanya Kelantan, Kedah dan Terengganu.
Menurut sumber yang boleh dipegang, Tuk Kenali mengamalkan Tareqat
Ahmadiah. Beliau dikurniakan banyak karamah, kelebihan yang pelik-pelik
tetapi benar berlaku.
7.
TUAN HUSSEIN KEDAH AL BANJARI:
Ulama Berdarah
Panglima Berjuang Tidak Hirau Batasan PolitikTolak Jawatan MuftiPenentang
Sistem RibaTuan Hussein Banyak Tanah Wakaf.
TUAN HUSSEIN KEDAH AL BANJARI adalah pengasas kepada enam buah pondok
pengajian dalam negeri Kedah dan sebuah di Poko Sena, Seberang Perai.
Ini tidak termasuk usaha beliau membangunkan semula pondok datuknya di
Gajah Mati, Jitrah, Kedah.
Beliau telah menulis tidak kurang daripada 18 buah kitab mengenai
berbagai persoalan agama. Dan dalam bidang ini(mengarang kitab) beliau
adalah ulama Kedah yang terbanyak mengarang kitab pada zamannya.
Dalam melaksanakan hukum, Tuan Hussein sangat berhalus dan tegas.
Beliaulah orang yang pertama menentang sistem riba dalam soal
pinjam-meminjam serta menolak pelaksanaan peraturan tauliah mengajar
yang diselewengkan, dan menentang perlaksanaan akta cetak kitab.
Lantaran keberaniannya mempertahankan pendirian, Tuan Hussein
menerima tindakan dibuang negeri. Namun semasa di Seberang Perai, beliau
terus bergiat menyembarkan ilmu dan mengarang kitab. Tuan Hussein juga
seorang pendakwah yang aktif.
Wasalam.